Selasa, 30 Jun 2015 | 11:52am

Ambil syabu pula, Mamat Exist didenda RM4,000


BEKAS vokalis kumpulan Exist, Mohd Ali Kamarudin

AMPANG: Bekas vokalis kumpulan Exist, Mohd Ali Kamarudin atau Mamat, yang pernah didapati bersalah atas kesalahan dadah, sekali lagi didenda RM4,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini, selepas mengaku bersalah menggunakan syabu, Mac lalu.

Majistret, Noor Farah Hazwsni Osman turut memerintahkan Mamat, 37, diletakkan di bawah pengawasan polis selama tiga tahun dan memerintahkannya menjalani tambahan hukuman penjara enam bulan, sekiranya gagal membayar denda.

Berita Harian X