Sabtu, 27 Jun 2015 | 12:03am

Qatayef popular di Palestin


QATAFEY biasanya dihidangkan dalam bulan Ramadan. - Foto Roslin Mat Tahir

PENCUCI mulut Qatayef mungkin kedengaran asing bagi masyarakat tempatan. Namun menu ini cukup popular dalam kalangan masyarakat Palestin. 

Kebiasaannya pencuci mulut ini akan dihidangkan dalam bulan Ramadan dan ia lebih dikenali sebagai lempeng Arab.

Gabungan rasa masam, manis dan lemak pada Qatayef ini membuatkan ia cukup istimewa.


CEF SACC, Zulkifli Md Yusof bersama Qatafey yang siap dimasak. - Foto Roslin Mat Tahir

Kombinasi rasa yang unik menghasilkan kesedapan pada pencuci mulut ini juga mula diterima oleh masyarakat tempatan dan permintaan terhadapnya semakin tinggi.

Jika di Palestin hidangan ini mudah didapati di pasar, tetapi memandangkan ia masih baru di negara ini Qatayef hanya boleh didapati di restoran Arab mahupun di hotel saja. 

Bagi mereka yang mahu mencubanya sendiri di rumah, menu ini hanya memakan masa 15 minit untuk di masak dan mudah untuk disediakan. Selamat mencuba!

 

Terima kasih Cef SACC, Zulkifli Md Yusof

Ramuan adunan:

- 250 gram (g) tepung

- 400 g susu segar

- 20 g serbu penaik

- Setengah sudu teh garam

Cara-cara:

- Gaulkan susu dan tepung sehingga sebati dan kemudian masukan garam dan serbuk penaik

Ramuan inti:

-250 g krim keju

-100 g kismis

-100 g kacang pistachio

-50 g gula

Cara-cara:

- Gaulkan krim keju dan gula sehingga sebati dan kemudian masukkan bahan-bahan yang lain gaulkan sehingga rata

- Panaskan kuali dan letakkan minyak supaya bahan tidak melekat

- Tuangkan adunan pada kuali dan masukkan inti

- Apabila ia separuh masak, lipatkan ia supaya membentuk seperti lempeng

Ramuan untuk salut:

- 300 mililiter (ml) air

- 1 sudu madu

- 1 hirisan limau

Cara-cara:

- Celupkan Qatayef yang sudah digoreng dan ia sedia untuk dihidangkan

-Kemudian di taburkan dengan kacang.

Berita Harian X