Khamis, 25 Jun 2015 | 7:08pm

Lelaki bogel ceroboh kediaman Naib Presiden FAM ditahan


NAIB Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Sudarsono Osman. - Foto Che Rani Che Din

KUCHING: Seorang lelaki ditahan selepas menceroboh kediaman Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Sudarsono Osman, di Jalan Bako di sini, tengah hari tadi.

Dalam kejadian jam 12.20 tengah hari itu, suspek yang tidak mempunyai dokumen pengenalan diri dikatakan memanjat pagar rumah dalam keadaan berbogel.

Dia kemudiannya bertindak memecahkan cermin dua kereta milik mangsa yang diletakkan di pekarangan rumah.

Suspek kemudiannya berjaya ditangkap tukang kebun yang bekerja di rumah mangsa, sebelum polis dihubungi untuk tindakan lanjut.

Jurucakap polis berkata, suspek yang dipercayai mengalami masalah mental itu akan direman, esok.

Berita Harian X