Khamis, 25 Jun 2015 | 2:21pm

Berlumba tak kena tempat

ALOR SETAR: Ketika orang lain berlumba-lumba menunaikan solat Tarawih, tetapi sekumpulan remaja di Kubang Pasu pula giat berlumba haram.

Inilah yang berlaku di Kampung Melele, Jalan Jitra- Kodiang malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Supt Abd Rahim Abdullah, berkata pihaknya mengeluarkan 18 saman dengan 257 kesalahan terhadap para remaja terbabit.

Beliau berkata, dalam operasi itu untuk membanteras kegiatan lumba haram kira-kira 9 malam, 17 remaja diperiksa dan 15 buah motosikal turut disita.

Mereka kemudian dibebaskan.

"Kita terima maklumat daripada penduduk sekitar bahawa sekumpulan remaja asyik berlumba ketika orang sedang solat Tarawih sehingga mengganggu ketenteraman," katanya. - BERNAMA

Berita Harian X