Rabu, 24 Jun 2015 | 6:59pm

Saham KL ditutup lebih tinggi berikutan minat belian saat akhir

KUALA LUMPUR: Harga saham di Bursa Malaysia ditutup lebih tinggi hari ini berikutan minat belian pada saat akhir ketika dagangan tidak menentu, menjejaki bursa serantau, kata peniaga.

Pada jam 5 petang hari ini, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 4.82 mata kepada 1,731.68, selepas bergerak di antara 1,724.47 dan 1,731.68 sepanjang hari.

Kaunter untung mengatasi rugi sebanyak 443 berbanding 353, dengan 288 kaunter tidak berubah, 744 kaunter tidak diniaga dan 14 lagi digantung.

Jumlah dagangan meningkat kepada 1.79 bilion unit bernilai RM1.89 bilion berbanding 1.73 bilion unit bernilai RM1.68 bilion pada Selasa.

Peniaga berkata, pelabur terus berhati-hati berikutan ketiadaan faktor teknikal bagi membantu menyemai keyakinan belian yang diperlukan ketika pasaran gagal melepasi paras halangan pada 1,735.

Di antara saham wajaran tinggi, Maybank menambah satu sen kepada RM9.29, Public Bank untung dua sen kepada RM18.94 dan Sime Darby naik empat sen kepada RM8.56.

Tenaga jatuh 28 sen kepada RM12.78 dan Axiata susut satu sen kepada RM6.48.

Tenaga Nasional terus mendahului senarai kaunter rugi, menyumbang 2.75 mata kepada indeks penanda aras.

Kalangan saham aktif, KNM meningkat enam sen kepada 65.5 sen, Perisai Petroleum untung satu sen kepada 49 sen dan Sumatec menokok 1.5 sen kepada 21 sen.

PUC Founder tidak berubah pada 13.5 sen.

Di papan skor, Indeks Emas FBM ditutup 39.29 mata lebih tinggi pada 11,984.82, Indeks FBMT100 naik 32.02 mata kepada 11,660.43, Syariah Emas FBM menambah 22.25 mata kepada 12,456.48 dan FBM 70 meningkat 34.37 mata kepada 13,075.46.

FBM Ace turun 21.70 mata kepada 6,533.40.

Di segi sektor, Indeks Kewangan meningkat 48.99 mata kepada 15,651.86, Indeks Perladangan menokok 55.83 mata kepada 7,317.35 dan Indeks Perindustrian menambah 10.74 mata kepada 3,176.86.

Volum Pasaran Utama meningkat kepada 1.31 bilion saham bernilai RM1.77 bilion berbanding 1.07 bilion saham bernilai RM1.48 bilion pada Selasa.

Jumlah dagangan di Pasaran ACE menyusut kepada 369.46 juta unit bernilai RM91.41 juta berbanding 508.80 juta unit bernilai RM151.57 juta semalam.

Waran menurun kepada 105.32 juta saham bernilai RM20.99 juta berbanding 152.71 juta saham bernilai RM47.95 juta sebelum ini.

Produk pengguna menyumbang 66.51 juta saham diniagakan di Pasaran Utama, produk industri (395.28 juta), pembinaan (53.66 juta), perdagangan dan perkhidmatan (595.58 juta), teknologi (41.17 juta), infrastruktur (16.09 juta), SPAC (25.90 juta), kewangan (38.81 juta), hotel (1.74 juta), hartanah (52.76 juta), perladangan (14.49 juta), perlombongan (35,000), REIT (11.05 juta) dan tertutup/dana (40,000).

- BERNAMA

Berita Harian X