Ahad, 21 Jun 2015 | 10:11pm
NICO Rosberg (tengah) meraikan kejuaraannya di dalam perlumbaan Grand Prix Austria manakala Lewis Hamilton (kiri) di tempat kedua dan Felipe Massa di tempat ketiga. - Foto AP

Rosberg menang GP Austria, Hamilton tempat kedua


NICO Rosberg (kiri) mendahului perlumbaan selepas memintas rakan sepasukan, Lewis Hamilton (kanan) pada saingan Grand Prix Austria di litar Red Bull Ring di Spielberg, Austria hari ini. - Foto Reuters

SPIELBERG, Austria: Nico Rosberg dari Jerman memenangi perlumbaan Grand Prix Austria manakala rakan sepasukan Mercedes AMG PETRONAS dari Britain, Lewis Hamilton, di tempat kedua.

Rosberg menamatkan perlumbaan 3.8 saat di depan Hamilton yang juga pendahulu keseluruhan manakala pelumba Williams dari Brazil, Felipe Massa, di tempat ketiga.

Ini adalah kemenangan ketiga Rosberg musim ini selepas kejayaan di Sepanyol dan Monaco. - AFP

Berita Harian X