Selasa, 16 Jun 2015 | 9:53am

23 maut serangan bom nekad di Chad

ANGGOTA polis mengawal di hadapan ibu pejabat polis di N'Djamena, selepas dua serangan bom nekad yang membunuh sekurang-kurangnya 23 orang manakala lebih 100 lagi cedera. - Foto AFP

N'DJAMENA: Sekurang-kurangnya 23 terbunuh manakala lebih 100 lagi cedera dalam dua serangan bom nekad yang mensasarkan anggota polis di ibu negara Chad dengan kerajaan menyalahkan militan Boko Haram.

"Boko Haram memilih sasaran yang salah. Mereka yang ingkari undang-undang dan pengganas akan dibanteras dan diburu di mana saja mereka berada," kata kerajaan Chad dalam satu kenyataan.

Laporan menyebut 23 orang maut manakala 101 lagi cedera dalam beberapa serangan bom di luar ibu pejabat dan akademi polis di N'Djamena.

Empat pengganas juga dilaporkan terbunuh namun tiada butiran lanjut mengenai identiti mereka.

Laporan awal memetik pegawai polis berkata, dua pengebom berani mati melancarkan serangan itu ketika kadet polis sedang menghadiri satu kursus di akademi berkenaan. - AFP

Berita Harian X