Isnin, 15 Jun 2015 | 6:16pm

Pasaran getah ditutup rendah

KUALA LUMPUR: Pasaran getah Malaysia ditutup rendah hari ini dalam dagangan lengang berikutan trend harga minyak mentah yang lemah, kata seorang peniaga.

"Pembeli terus tidak memasuki pasaran, manakala pengeluar juga dilaporkan enggan menjual, menunggu harga yang lebih baik," katanya.

Pada tengah hari, harga fizikal rasmi Lembaga Getah Malaysia bagi gred tayar SMR 20 susut 5.5 sen kepada 579.50 sen sekilogram, manakala lateks pukal turun dua sen kepada 502 sen sekilogram.

Sementara itu, harga penutup tidak rasmi bagi gred tayar SMR 20 turun lima sen kepada 580 sen sekilogram dan lateks pukal susut satu sen kepada 503 sen sekilogram. - BERNAMA

Berita Harian X