Isnin, 8 Jun 2015 | 3:36pm

Muhyiddin lancar SSPN-i Plus tawar perlindungan takaful


MUHYIDDIN melancarkan SSPN-i Plus di Dewan MATRADE, Kuala Lumpur, hari ini. - Foto Muhd Zaaba Zakeria

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini melancarkan Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-i) Plus, iaitu pelan simpanan pendidikan yang menawarkan perlindungan takaful dalam kemampuan dan komprehensif.

Muhyiddin yang juga Menteri Pendidikan berkata, produk baharu yang diperkenalkan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) itu akan memberi pelbagai keistimewaan, tidak membebankan selain memberi manfaat berganda kepada penyimpan.

"Saya difahamkan SSPN-i Plus menawarkan pelan simpanan pendidikan dengan pelbagai pilihan pakej perlindungan takaful serendah RM50 sebulan," katanya ketika berucap melancarkan SSPN-i Plus di sini, hari ini.

Beliau berkata, penyimpan dalam skim itu bukan sahaja melabur untuk tujuan pendidikan, malah mendapat perlindungan takaful, dividen yang amat kompetitif serta pelepasan taksiran cukai sehingga RM12,000 setahun serta patuh syariah.

Turut hadir Timbalan Menteri Pendidikan I, Datuk Mary Yap Kain Ching dan Pengerusi PTPTN, Datuk Shamsul Anuar Nasarah.

- BERNAMA

Berita Harian X