Sabtu, 6 Jun 2015 | 3:12pm

Dewan Ulama PAS terkilan usul tak dibahaskan


Datuk Mahfodz Mohamad

KUALA SELANGOR: Dewan Ulama PAS pusat menzahirkan rasa terkilan berhubung keputusan Jawatankuasa Usul Muktamar PAS yang hanya meluluskan usul tanpa bahas berkaitan cadangan untuk memutuskan hubungan dengan DAP.

Justeru, ketuanya, Datuk Mahfodz Mohamad, mahu supaya cadangan itu dirujuk ke Majlis Syura Ulama PAS bagi menentukan keputusan, berikutan cadangan berkenaan juga menyentuh soal hukum.

"Usul mengenai tahaluf siyasi ini oleh kerana ada kaitan dengan hukum hakam, (jadi) kita tidak lepaskan kepada muktamar (untuk memutuskan), sebab itu kita cadang juga (Majlis) Syura Ulama buat keputusan.

"(Jadi) tidak timbul bahawa kita akan buat PC (siang media) selepas ini kata kita tidak sokong dengan keputusan ini.

"Kalau tolak pun (oleh Majlis Syura Ulama), dewan ulama adalah orang yang akan mula-mula menyokong dan menerima pandangan syura," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan penggulungannya sempena Muktamar Tahunan PAS Kali-61 di Stadium Tertutup Kuala Selangor di sini, hari ini.

Berita Harian X