Sabtu, 13 September 2014 | 2:44pm

Rangka manusia dipercayai bayi ditemui di Butterworth


ANGGOTA Polis membawa rangka manusia dipercayai bayi dibungkus dalam plastik ditemui berhampiran kawasan semak di Jalan Todak, Butterworth. - Foto Danial Saad

BUTTERWORTH: Seorang pekerja yang sedang mengukur tanah untuk membuat jalan menemui rangka manusia dipercayai bayi dalam bungkusan plastik berhampiran semak di Jalan Todak, di sini pagi tadi.

Dalam kejadian jam 11 pagi itu, lelaki berusia lingkungan 20-an terbabit baru selesai melakukan kerja ukur tanah dan mahu pulang.

Bagaimanapun, dia terjumpa bungkusan plastik di atas rumput dan berpatah balik untuk melihat isi dalam plastik berkenaan.

Sejurus membuka plastik itu, lelaki berkenaan terkejut apabila mendapati ada rangka manusia di dalamnya.

Dia kemudian membuat laporan polis berhubung penemuan tengkorak itu dan siasatan awal mendapati ia adalah rangka dipercayai bayi.

Berita Harian X