Khamis, 4 Jun 2015 | 8:11am

Wanita dibaham buaya di Sungai Tengar

MIRI: Seorang wanita dibaham buaya di Sungai Tengar berhampiran Rumah Buda, Tanjung Baru Suai, Niah di sini malam tadi

Kerika kejadian kira-kira jam 7.45 malam itu, mangsa yang berusia 33 tahun itu sedang menbersihkan dirinya selepas selesai beriadah di sungai berkenaan.

Bagaimanapun, ketika berada di hujung jeti, kaki mangsa tiba-tiba disambar oleh reptilia ganas itu sebelum ditarik ke dalam sungai.

Berikutan itu, gerakan mencari dan menyelamat (SAR) mangsa dilakukan penduduk setempat, namun sehingga jam 1 pagi tadi, wanita terbabit masih belum ditemui.

Operasi SAR disambung semula jam 7 pagi ini membabitkan anggota Balai Bomba dan Penyelamat Miri dan Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) Miri.

Berita Harian X