Jumaat, 15 Ogos 2014 | 2:18am
Fathia Latiff.

Fathia Latiff sedia nak kahwin

KUALA LUMPUR: Bintang drama Ariana Rose di TV3, Fathia Latiff mengakui terbit kebimbangan di hatinya apabila kerap bergandingan dengan cinta hati, Aiman Hakim Ridza di pentas lakonan.

Kata bakal peguam itu ketika dihubungi BH Online, beliau gentar akan wujud rasa jelak di kalangan peminat mahupun penonton andai terus dilihat selalu muncul bersama.

"Jadi seboleh bolehnya Fathia cuba elak selalu berlakon dengannya. Takut memanglah takut kalau ada yang tak senang melihat kami jadi pasangan berlakon," katanya yang kini sedang berehat berlakon sebelum memulakan kembali bulan depan.

Diusik dengan persoalan bilakah beliau dan Aiman akan menuju ke gerbang perkahwinan, Fathia memberitahu semuanya takkan berlaku dalam masa terdekat.

"Di pihak saya sebagai wanita memang sudah bersedia bila-bila masa untuk berkahwin. Tetapi saya enggan terburu-buru dalam hal ini.

"Saya selesa membiarkan dia (Aiman) menikmati dulu apa yang dilakukannya kini di dalam industri seni. Bab kahwin ini beratnya lebih banyak lelaki.

"Kahwin itu satu fasa lain yang semua orang ingin lalui. Setakat ini biarlah kami sama sama kejar kerjaya," katanya yang dua tahun mengenali Aiman.

Fathia kini mengikat kontrak bersama produk syampu terkenal, Pantene untuk setahun selain menjadi duta mempromosikan Pizza Hut.

Berita Harian X