Rabu, 27 Mei 2015 | 10:50pm
PEMAIN JDT, Jorge Pereya Diaz dikepung pemain Ayeyawady, Sim Woon Sub dalam saingan Piala AFC di Stadium Larkin, malam ini. - Foto Zulkarnain Ahmad Tajuddin

Piala AFC: JDT garang belasah Ayeyawady 5-0 di Larkin


PEMAIN JDT meraikan jaringan Safiq Rahim ketika menentang Ayeyawady dalam saingan Piala AFC di Stadium Larkin, malam ini. - Foto Zulkarnain Ahmad Tajuddin

KUALA LUMPUR: Johor Darul Ta'zim (JDT) gah layak ke suku akhir kejohanan bola sepak Piala AFC selepas membelasah Ayeyawady United FC 5-0 dalam saingan pusingan kedua di Stadium Larkin, malam ini.

Pemain kebangsaan, Safiq Rahim membuka tirai jaringan pada minit kedua buat menceriakan hampir 17,000 penyokong tegar pasukan tuan rumah itu manakala gol lain sumbangan Luciano Figueroa pada minit ke-46, 90 dan Jorge Pereya Diaz (minit ke-61,74).

Ayeyawady dari Myanmar tidak mudah mengalah dan cuba merapatkan jurang pada minit ke-14, tetapi hantaran silang Sim Woon Sub gagal dimanfaatkan Naumov Riste.


PEMAIN JDT, Safiq Rahim menjaringkan gol pertama pada aksi bertemu Ayeyawady di Stadium Larkin, malam ini. - Foto Zulkarnain Ahmad Tajuddin


PEMAIN JDT, Luciano Gabriel Figueroa dicabar pemain Ayeyawady, Anderson West ketika menanduk bola pada perlawanan Piala AFC di Stadium Larkin di sini malam ini. - Foto BERNAMA

Selepas rehat, JDT menunjukkan belang dan tidak mengambil masa lama menambah gol kedua hasil rembatan padu Figueroa yang gagal ditepis penjaga gol Ayeyawady, Vanlai Hruai pada minit ke-42.

Kedudukan itu tampak memberi gegaran kepada pelawat dan mula goyah rentak permainan mereka. Tekanan tuan rumah menyaksikan lawan dikejutkan dengan dua gol sumbangan Diaz pada minit ke-60 dan 73.

Pada minit terakhir permainan, Figueroa menambah derita Ayeyawady dengan gol kelima buat menceriakan penyokong melihat pasukan mereka melangkah bangga ke suku akhir kejohanan.

Berita Harian X