Jumaat, 12 September 2014 | 3:20pm

Venus belasah Savchuk mara suku akhir

QUEBEC CITY: Bekas pemain nombor satu dunia, Venus Williams melangkah ke suku akhir kejohanan tenis Jelajah WTA Quebec City selepas menewaskan pemain nombor 242 dunia, Olga Savchuk 6-1, 6-2 di sini, hari ini.

Pilihan pertama dan juara Grand Slam tujuh kali ini hanya mengambil masa 48 minit sahaja untuk melepasi halangan di pusingan kedua itu.

Pemain Republik Czech, Andrea Hlavackova pula menewaskan pilihan kedua dari Croatia, Ajla Tomljanovic 6-3, 3-6, 6-3 manakala Mirjana Lucic-Baroni menumpaskan pilihan kelapan, Timea Babos dari Hungary 7-6 (7/3), 6-2.

Naib juara 2012, Lucie Hradecka menewaskan rakan senegara dari Czech, Barbora Krejcikova 3-6, 7-5, 6-2. - AFP

Berita Harian X