Sabtu, 23 Mei 2015 | 9:19am

Man United tetap beri tentangan kepada Hull - Van Gaal

PENGURUS Manchester United's, Louis van Gaal. - Foto AFP

KINGSTON: Louis van Gaal memberi jaminan kepada Newcastle bahawa Manchester United tidak mengambil mudah apabila bertemu Hull City dalam perlawanan terakhir musim ini yang menyaksikan Hull kini bergelumang dalam zon penyingkiran.

Ini kerana pemain lagenda Manchester United, Steve Bruce yang kebetulan mengendalikan Hull kini berdepan penyingkiran apabila berada dalam tiga kelompok tercorot.

Hanya perbezaan dua mata saja memisahkan antara Hull dan Newcastle pada hari terakhir Liga Perdana Inggeris musim ini.

Pasukan The Tigers itu memerlukan kemenangan sambil mengharapkan kekalahan atau seri terhadap Newcastle yang akan menentang West Ham bagi mengisi pasukan akhir yang terselamat dalam Liga Perdana.

PENGURUS Hull City, Steve Bruce. - Foto AFP

Kemenangan Hull di KC Stadium esok masih belum cukup kepada Bruce daripada tersingkir musim ini sekiranya Newcastle menewaskan Hammers.

Namun, United yang kini menduduki tangga keempat liga melaungkan bahawa pasukan tuan rumah Hull pasti menerima tentangan meskipun pertembungan itu bukan di Old Trafford.

Van Gaal berkata pasukannya tidak sekali-kali menganggap pertemuan dengan Hull sebagai 'minggu berehat'.

"Menjaringkan gol dan mencipta kemenangan sentiasa menjadi impian kami, tiada bezanya," kata van Gaal.

"Saya sudah memberitahu pemain saya meskipun pengurus mereka (Hull) adalah 'anak' United, kami perlu kemenangan. Mengapa, ia kerana untuk Liga Perdana dan juga Newcastle United.

"Kami menang enam mata dari Newcastle United dan kami juga perlu menang dan merampas seboleh-bolehnya enam mata dari Hull City," katanya. - AFP

Berita Harian X