Isnin, 18 Mei 2015 | 12:38am

Djokovic atasi Federer rangkul trofi keempat ATP Terbuka Itali


DJOKOVIC, (kanan) dan Federer bergambar bersama trofi masing-masing selepas perlawanan akhir ATP Terbuka Itali. - Foto AP

ROME: Pemain tenis nombor satu dunia, Novak Djokovic memenangi gelaran keempat ATP Terbuka Itali selepas mencatat kemenangan meyakinkan 6-4, 6-3 ke atas Roger Federer, hari ini.

Ia menjadi pemanas badan terbaik buat pilihan utama kejohanan itu menjelang Grand Slam kedua tahun ini, Terbuka Perancis yang dijadualkan. esok.

Ketiadaan juara tujuh kali kejohanan, Rafael Nadal yang tersingkir di suku akhir memudahkan perjalanan pemain kelahiran Serbia itu yang menampilkan salah satu aksi terbaiknya tahun ini.

Bagi Federer, ia kekalahan keempat buatnya pada pentas final di Rome. - AFP

Berita Harian X