Khamis, 14 Mei 2015 | 9:55am
TIMBALAN Perdana Menteri, tan Sri Muhyiddin Yassin bermesra dengan orang ramai ketika mengunjung di Pasar Tamu Limbang sempena lawatan walkbout di Limbang. - Foto NSTP

Muhyiddin buat tinjauan mesra di Limbang

LIMBANG: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin meluangkan masa mengadakan program tinjauan mesra dan bertemu rakyat di Pasar Tamu Limbang, di sini sebentar tadi.

Ia sebahagian daripada program lawatan rasmi dua hari beliau ke wilayah utara Sarawak bermula semalam, khusus bagi meninjau kemudahan dan infrastruktur pendidikan di kawasan pedalaman dan luar bandar negeri ini, terutama di Miri dan Limbang.

Beliau turut dijadual meninjau Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Limbang, di sini, antara sekolah tertua di bandar ini sebelum berlepas pulang ke ibu negara.

Turut mengiringi beliau ialah Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Alfred Jabu Numpang merangkap Menteri Pembangunan Luar Bandar Sarawak dan Menteri Perancangan Sumber dan Alam Sekitar II Negeri, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan dan Ahli Parlimen Limbang, Hasbi Habibollah.

Berita Harian X