Rabu, 13 Mei 2015 | 6:30pm
TAKZIAH diucapkan kepada penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza. - Foto ihsan Instagram CTDK

Nenek Siti Nurhaliza meninggal dunia semalam


GAMBAR Siti Nurhaliza bersama arwah neneknya. - Foto Instagram

KUALA LUMPUR: Nenek penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza meninggal dunia tengah hari semalam di Hospital Kuala Lipis, Pahang.

Allahyarham Teh Te'ek meninggal dunia kerana sakit tua pada usia 91 tahun, menghembuskan nafas terakhir jam 12.45 tengah hari.

Jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Kampung Tempoyang malam tadi selepas Isyak.

Siti memberitahu beliau pulang ke kampung halamannya untuk memberikan penghormatan terakhir buat Allahyarham.

Arwah meninggalkan cucu 57 orang dan cicit 68 orang.

Berita Harian X