Selasa, 12 Mei 2015 | 11:10pm
ANTARA koleksi baju Hatta Dolmat. - Foto Ihsan Hatta Dolmat
HATTA memperkenalkan rekaan 'sweat pants'. - Foto ihsan Hatta Dolmat
REKAAN terbaru bagi Hatta Hijab. - - Foto Ihsan Hatta Dolmat
KOLEKSI jumper pilihan warna berbeza. - Foto Ihsan Hatta Dolmat
KOLEKSI jumper terbaharu Hatta Dolmat. - Foto Ihsan Hatta Dolmat

Hatta Dolmat lancar koleksi baju siap


BERTEMAKAN musim bunga dan panas. - Foto ihsan Hatta Dolmat

KUALA LUMPUR: Pereka fesyen terkenal tanah air, Hatta Dolmat kini rancak melancarkan kempen koleksi baju siap beliau yang terbaharu bagi rangkaian pakaian lelaki dan wanita beliau, Hatta Him dan Hatta Hijab.

Bertemakan musim bunga dan panas, koleksi pakaian terbaharu ini diperincikan dengan pelbagai warna dan corak bunga atau flora yang memberikan kelainan kepada koleksi sebelum ini yang berkonsepkan monotone atau minimal.

Melalui rekaan terbaru ini, beliau cuba untuk mengetengahkan kelainan kepada rekaan cardigan dan cape menggunakan material heavy schiffon yang lebih selesa, sesuai dengan pemakaian gaya kasual wanita yang inginkan kelainan.

Rekaan terbaru bagi Hatta Hijab ini juga termasuk tudung daripada pelbagai warna, corak dan bentuk, skirt panjang 3D lace, kardigan dengan cetakan rama-rama, kardigan jaring dan seluar palazo cetakan rama-rama.

Selain pakaian bagi wanita, kaum lelaki juga tidak ketinggalan dengan koleksi terbaru jaket cetakan flora dipenuhi dengan warna dan perincian corak bunga yang berbeza, sesuai digunakan secara kasual pada bila-bila masa.

Tidak ketinggalan, beliau juga mengeluarkan koleksi jumper terbaharu Hatta Dolmat berwarna hitam dan putih, diperbuat daripada material kain kapas yang tidak terlalu tebal, sesuai dengan cuaca dan pemakaian kasual, sama ada bagi lelaki atau wanita.

Selain itu juga, Hatta memperkenalkan rekaan 'sweat pants' buat pertama kali bersama dengan keluaran terbaharu ini yang diperbuat daripada fabrik kain kapas yang selesa, sesuai dipakai oleh lelaki mahupun perempuan untuk pemakaian santai atau lasak. Kadar harga bagi koleksi ini bermula daripada RM50 ke RM400.

Untuk mendapatkan koleksi terbaharu baju siap ini, kunjungi butik Hatta Dolmat Couture di Shah Alam atau layari laman Instagram rasmi beliau di @hattadolmatofficial untuk maklumat lanjut.

35 dibaca
Berita Harian X