Selasa, 12 Mei 2015 | 10:26pm

Pemungut hutang maut ditembak

SEORANG lelaki cina, Goh Wooi Loon,31 yang dikenali 'tayar loon' oleh rakan-rakan peminjam wang haram atau Along ditemui mati ditembak di bahagian mukanya pada pukul 7.15 petang tadi di belakang sebuah premis perniagaan di Jalan Bagan Lalang, Butterworth. Kejadian berlaku dipercayai disebabkan masalah antara beberapa peminjam wang haram. - Foto Ramdzan Masiam

BUTTERWORTH: Seorang pemungut hutang maut selepas ditembak ketika sedang menunggang motosikal dalam kejadian di Taman Carissa, Mak Mandin di sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 7.20 malam itu, mangsa, Goh Wooi Loon, 31, meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Seberang Prai Utara (SPU), Asisten Komisioner Abdul Rahman Ibrahim, berkata pihaknya kini sedang mengesan suspek yang menembak mangsa.

"Berdasarkan keterangan saksi, mangsa dikejar seorang lelaki yang turut menunggang motosikal.

"Kita sedang berusaha mendapatkan saksi yang menyaksikan kejadian itu bagi membantu siasatan," katanya.

Beliau berkata, berdasarkan pemeriksaan awal mendapati mangsa tidak memiliki sebarang rekod jenayah.

"Mayat mangsa dihantar ke Hospital Seberang Jaya (HSJ) di sini untuk bedah siasat dan kes ini disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

"Orang awam yang mempunyai sebarang maklumat diminta ke balai polis berhampiran bagi membantu siasatan," katanya.

Berita Harian X