Jumaat, 8 Mei 2015 | 10:53pm

Diana Rafar dilamar


DIANA Rafar bersama pemilik produk Dr Glow., Syabil Abd Malik.

KUALA LUMPUR: Sudah lama tidak mendengar khabar dan perkembangan terbaharu Diana Rafar dan bekas suaminya, Zamarul Hisyam, terutamanya yang membabitkan proses untuk merujuk semula.

Sebelum ini, seperti yang pernah dilaporkan BH Plus, ada sinar pasangan ini akan kembali hidup bersama. Cuma hingga setakat ini, masih belum ada sebarang perkhabaran gembira.

Menghubungi Diana sebentar tadi, ibu tunggal kepada Kashfi Haikal itu menjelaskan peluang untuk berbaik itu sangat positif. Pasangan berkenaan bercerai 15 Januari lalu.

Cuma di sebalik kisah itu, Diana turut memberitahu yang beliau baharu sahaja dilamar oleh doktor. Bagaimanapun, doktor yang dimaksudkan itu merujuk kepada rangkaian produk penjagaan kulit dipanggil Dr Glow.

"Baharu semalam Diana menandatangani kontrak sebagai duta produk itu untuk setahun. Tiga hari lalu, Diana ditawarkan sebagai ilham (muse) untuk produk tudung dan skaf, Sugarscarf. Insya-Allah ada beberapa lagi tawaran yang akan menyusul untuk menjadikan Diana sebagai duta.


DIANA Rafar ditampilkan sebagai ilham produk tudung sugarscarf.

DIANA Rafar ditampilkan sebagai ilham produk tudung sugarscarf.

"Semua ini menjadi hadiah ulang tahun kelahiran ke-33 Diana. Syukur, di sebalik kesedihan yang dialami melalui kegagalan rumah tangga, saya diberi rahmat bermakna.

"Bukan senang untuk saya bangkit dan memulihkan semangat ini. Tetapi, Alhamdulilah, apa terjadi menjadi pengajaran dan membuatkan saya lebih kuat," kata Diana yang terlebih dahulu menggunakan produk Dr Glow dan mengakui kesannya sangat baik.

Diana turut ditanya apakah hadiah yang mungkin diberikan Zamarul bersempena ulang tahun kelahirannya, adik kepada Linda Rafar itu menjelaskan belum menerima apa-apa lagi daripada bekas suaminya.

"Doa daripadanya sudah cukup membuatkan saya bahagia," katanya.

532 dibaca
Berita Harian X