Khamis, 7 Mei 2015 | 11:22am
SULTAN Johor, Sultan Ibrahim diiringi Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin (empat dari kanan) ketika menghadiri majlis pembukaan penggal persidangan ketiga Dewan Negeri Johor ke-3 di Dewan Persidangan, Dewan Negeri Johor, Bangunan Sultan Ibrahim, Johor Bahru. - Foto Hairul Anuar Abd Rahim

Sultan Johor titah rang undang-undang LPHJ dikaji semula

JOHOR BAHRU: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar menitahkan supaya rang undang-undang Lembaga Perumahan dan Hartanah Johor (LPHJ) dikaji semula supaya selaras dengan enakmen lain yang berkuatkuasa di negeri ini.

Baginda bertitah demikian pada perasmian Pembukaan Persidangan Ketiga Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor Ke-13, di Bangunan Sultan Ibrahim, dekat sini sebentar tadi.

Baginda tidak bersetuju dengan rang undang-undang itu yang diluluskan oleh DUN pada persidangan yang lalu kerana ia dipinda mengikut desakan orang luar yang cetek akal dan tidak memahami kuasa raja dalam undang-undang tubuh kerajaan Johor.

"Sekiranya rang undang-undang ini saya luluskan, maka ia akan menjadi tidak selaras dengan beberapa enakmen lain yang sudah digunapakai sebelum ini tanpa ada masalah seperti Enakmen Perbadanan Johor 1968," titah baginda.

Berita Harian X