Rabu, 6 Mei 2015 | 6:32pm

Juruterbang Germanwings 'berlatih' menjunam ketika penerbangan pergi


GAMBAR fail diambil pada 22 Mac 2015, di Lapangan Terbang Dusseldorf, Jerman Barat, menunjukkan keadaan dalam kokpit pesawat A320 Airbus Germanwings dengan pendaftaran pesawat D-AIPX, selepas penerbangan terakhir pesawat tersebut sebelum terhempas di pergunungan Alps Perancis. - Foto AFP

LE BOURGET, Perancis: Pembantu juruterbang pesawat Germanwings yang dikatakan sengaja menjunamkan pesawat ke pergunungan Alps Perancis selepas 'berlatih' membuat gerakan menjunam sebegitu ketika dalam penerbangan pergi ke Barcelona, kata penyiasat penerbangan awam Perancis.

Jurucakap Jabatan Siasatan Penerbangan (BEA) berkata, pembantu juruterbang itu, Andreas Lubitz, 27, sudah berlatih gerakan menjunam sebegitu dalam penerbangan dari Duesseldorf ke Barcelona 'tanpa kesan yang disedari' sebelum benar-benar menjunamkan pesawat sehingga terhempas dalam penerbangan pulang dari Barcelona menyebabkan semua 150 orang dalam pesawat itu terbunuh.

Pesawat malang A320 Penerbangan 4U 9525 terhempas di Alps Perancis pada 24 Mac lalu.

86 dibaca
Berita Harian X