Rabu, 6 Mei 2015 | 11:41am

Pertukaran pegawai pertingkat hubungan Johor Brunei: Sultan Ibrahim


SULTAN Ibrahim mencemar duli menandatangani plak Majlis Seminar Tokoh Antarabangsa sempena Kemahkotaan Sultan Johor di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada di sini, hari ini. - Foto Mohd Azren Jamaludin

JOHOR BAHRU: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar mahu supaya hubungan diplomatik antara kerajaan negeri dan kerajaan Brunei Darussalam dapat dijalinkan dengan lebih erat.

Sultan Ibrahim bertitah, usaha itu dapat diteruskan menerusi program pertukaran dan pinjaman pegawai antara kedua-dua kerajaan itu sebagaimana yang pernah dilaksanakan sebelum ini.


SULTAN Ibrahim mencemar duli melihat pameran pada Majlis Seminar Tokoh Antarabangsa sempena Kemahkotaan Sultan Johor di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada di sini, hari ini. Hadir sama Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin (dua dari kiri) dan Pengarah Pentadbiran Jabatan Mufti Kerajaan Jabatan Perdana Menteri Brunei, Datuk Paduka Ahmad Bukhari (kanan). - Foto Mohd Azren Jamaludin

Baginda bertitah demikian pada Seminar Tokoh Antarabangsa Pehin Datuk Seri Utama Dr Ismail Omar Abdul Aziz sempena Kemahkotaan Sultan Johor di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada di sini, hari ini.

Seminar anjuran kerjasama kerajaan negeri dan kerajaan Brunei itu bagi mendalami jasa dan sumbangan Allahyarham Ismail, anak jati Johor yang berkhidmat sebagai Mufti pertama Negara Brunei selama 28 tahun sejak 1962.

Berita Harian X