Selasa, 5 Mei 2015 | 12:56pm
Pelajar UniMap, Muhd Nur Hadi Hamdan,18, maut setelah dipercayai terjatuh dari sebuah bangunan pasaraya. - Foto NSTP

Remaja terjatuh dari tingkat enam pusat beli-belah meninggal dunia

ALOR SETAR: Seorang remaja lelaki, Mohd Nur Hadi Hamdan, 18, maut selepas cedera parah akibat terjatuh dari tingkat enam sebuah pusat beli-belah di tengah bandar raya ini.

Mangsa yang juga pelajar Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) disahkan meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini, malam tadi, selepas dirawat akibat kecederaan parah yang dialami.

Berdasarkan maklumat, dalam kejadian kira-kira jam 6 petang kelmarin (Ahad), mangsa dikatakan

bersiar-siar di kawasan tempat letak kereta di tingkat enam pusat beli-belah itu bersama dua ahli keluarganya, sebelum tiba-tiba terjatuh.

Mangsa yang parah dikejarkan ke HSB untuk rawatan, namun disahkan meninggal dunia malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Adzaman Md Jan, yang mengesahkan kejadian berkata, hasil laporan bedah siasat mangsa disahkan meninggal dunia berikutan kecederaan di beberapa bahagian termasuk kepala.

Berita Harian X