Sabtu, 2 Mei 2015 | 10:41am

Tentera Nigeria selamatkan 234 wanita, remaja dari Boko Haram


SEBAHAGIAN daripada wanita dan kanak-kanak diselamatkan dari pemberontak oleh tentera Nigeria, di dalam hutan Sambisa, Nigeria. - Foto EPA

LAGOS: Tentera Nigeria berkata pihaknya sudah menyelamatkan 234 lagi budak remaja perempuan dan wanita dari kawasan hutan yang menjadi kubu kuat Boko Haram di timur laut negara itu.

Pengumuman yang dibuat oleh Ibu Pejabat Pertahanan Nigeria di laman Twitter hari ini itu menjadikan semua lebih 677 orang diselamatkan dari kumpulan militan berkenaan.

Mangsa yang diselamatkan itu dipercayai daripada serbuan yang dilakukan tentera ke atas kem Sambisa yang dipercayai medan terakhir kumpulan militan Islam itu.

Laporan sebelum ini menyebut budak dan wanita digunakan pertempuran kumpulan Boka Haram sebagai perisai manusia mereka.

Setakat ini tidak diketahui berapa ramai budak perempuan, wanita dan lelaki diculik oleh Boka Haram sepanjang pemberontakan hampir enam tahun itu. - AP

Berita Harian X