Ahad, 26 April 2015 | 11:14pm

Lelaki maut ketika mendaki Gunung Nuang

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki maut akibat sesak nafas ketika mendaki di Hutan Lipur Gunung Nuang, Hulu Langat, Selangor, pagi tadi.

Mangsa berusia 23 tahun sebelum itu dikatakan pengsan sebelum disahkan meninggal dunia oleh pasukan paramedik yang tiba di lokasi kejadian.

Jurucakap Bomba dan Penyelamat, berkata sebuah jentera dari Balai Kajang dengan kekuatan sembilan anggota dibantu pasukan Perkhidmatan Perubatan Penyelamat Kecemasan (EMRS) Bangi bergegas ke lokasi sejurus menerima panggilan pada jam 10.31 pagi.

"Mangsa mulanya dilaporkan pengsan, namun meninggal dunia tidak lama selepas itu akibat sesak nafas ketika mendaki.

"Mayat mangsa berjaya diturunkan dari kawasan terbabit pada jam 9.05 malam dan dibawa ke Hospital Ampang," katanya.

Berita Harian X