Sabtu, 25 April 2015 | 3:13pm
PELAKON, Afdlin Shauki (kiri), Datuk Mizal Zaini atau nama sebenar Datuk AC Mizal (dua dari kiri) dan Awie atau nama sebenar Azhar Othman (tiga dari kiri) membuat persembahan pada tayangan perdana teater muzikal Baik Punya Cilok di Istana Budaya. - Foto Adi Safri
PELAKON, Datuk Mizal Zaini atau nama sebenar Datuk AC Mizal (kanan) dan Dira Abu Zahar membuat persembahan pada tayangan perdana teater muzikal Baik Punya Cilok di Istana Budaya. - Foto Adi Safri
PELAKON, dari kiri, Hans Isaac, Afdlin Shauki, Datuk Mizal Zaini atau nama sebenar Datuk AC Mizal dan Awie atau nama sebenar Azhar Othman membuat persembahan pada tayangan perdana teater muzikal Baik Punya Cilok di Istana Budaya. - Foto Adi Safri
PELAKON teater Baik Punya Cilok, Afdlin Shauki (tengah) bersama Awie (kanan) Hans Isaac (kiri) bersama Datuk AC Mizal di Istana Budaya. - Foto Nurul Syazana Rose Razman

Memori Baik Punya Cilok kembali ke Istana Budaya

PELAKON, dari kanan, Datuk Mizal Zaini atau nama sebenar Datuk AC Mizal, Hans Isaac, Awie atau nama sebenar Azhar Othman dan Afdlin Shauki membuat persembahan pada tayangan perdana teater muzikal Baik Punya Cilok di Istana Budaya. - Foto Adi Safri

KUALA LUMPUR: Mulai hari ini hingga 3 Mei depan, produksi Tall Order Productions Sdn Bhd akan mengembalikan nostalgia filem Baik Punya Cilok (BPC). Selepas 10 tahun filem itu ditayangkan, empat teraju utamanya Datuk AC Mizal, Awie, Hans dan Afdlin Shauki bakal menggeletek kembali penonton menerusi pentas teater pula di Panggung Sari, Istana Budaya.

Afdlin selain berlakon turut bertindak sebagai pengarah serta penulis skrip untuk teater berkenaan. Malam tadi, BH Online diundang untuk menonton raptai penuh pementasan teater itu yang turut dibintangi Vanidah Imrah, Dira Abu Zahar dan Chelsia Ng. Hafizuddin Fazil turut berlakon membawakan watak Leman menggantikan Allahyarham Harun Salim Bachik.

"Ikutkan perbincangan memang sudah lama nak pentaskan filem ini ke medium teater. Ia berbalik soal masa dan tanpa disedari rancangan untuk menghasilkan filem ini ke teater terjadi pada ulang tahun ke-10 Baik Punya Cilok. Semuanya kebetulan. Tapi Alhamdulillah ia umpama tahun yang baik untuk menerbitkan teater ini.

"Tiada signifikan tertentu ia terjadi pada tahun ke-10. Malah menerusi pertanyaan kami di laman sosial pun, peminat banyak mencadangkan untuk membawakan filem ini ke teater. Akhirnya ia menjadi kenyataan juga. Insya-Allah juga kalau ia mendapat sambutan tak mustahil kita akan pentaskan lagi seperti mana pementasan teater Cuci sebelum ini," kata Afdlin sejurus selesai raptai penuh malam tadi.

PELAKON, Hans Isaac (kanan) pada tayangan perdana teater muzikal Baik Punya Cilok di Istana Budaya. - Foto Adi Safri

Sementara itu, Hans turut berbesar hati kerana ada teman artis antaranya seperti Lisa Surihani, Neelofa dan Liyana Jasmay yang sanggup mempromosikan hebahan mengenai kewujudan teater ini di laman sosial milik mereka.

"Ada juga teman artis yang sudi membeli tiket pementasan teater sebagai tanda sokongan. Saya sangat berbesar hati," katanya.

Baik Punya Cilok mengisahkan empat sahabat, Aben (Afdlin), Bob (Awie), Jerry (Hans) dan Wak (AC) yang berpakat merompak tauke kedai pajak, Tauke Wong bagi mendapatkan kembali kerongsang nenek Wak yang telah dipajakkan ketika Wak mahu mengahwini Nazatul.

Tiket berharga RM55, RM85, RM110, RM140, RM160 dan RM190 boleh didapati menerusi www.ticket2u.biz atau boleh hubungi Istana Budaya di talian 03-42532241.

Berita Harian X