Rabu, 22 April 2015 | 10:13pm

Budak 18 bulan lemas jatuh sungai


MAYAT Muhd Adam Mikhail Syukri, 1 tahun 6 bulan yang lemas di Sungai Teroi, Yan ditemui anggota Bomba dan Penyelamat. - Foto Nur Syazwana Mansor

YAN: Seorang kanak-kanak lelaki berusia 18 bulan lemas selepas terjatuh ke Sungai Teroi berhampiran rumahnya dekat Guar Chempedak, di sini, petang tadi.

Mayat mangsa, Muhammad Adam Mikhail Syukri, ditemui sepasukan anggota bomba pada jam 5.30 petang.

Terdahulu, mangsa dikatakan bermain di rumahnya kira-kira jam 3.30 petang sebelum disedari hilang dan disyaki terjatuh ke sungai berkenaan.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) berkata, pihaknya yang menerima maklumat bergegas ke lokasi sebelum kerja mencari mangsa yang disyaki terjatuh ke sungai berkenaan dilakukan.

"Mayat mangsa ditemui jam 5.30 petang di kawasan pintu air Sedaka Tengah sebelum diserahkan kepada pihak hospital untuk tindakan lanjut," katanya.

Berita Harian X