Isnin, 20 April 2015 | 3:21pm

Radamel Falcao mungkin 'angkat kaki' ke Liverpool


RADAMEL Falcao. - Foto ihsan Bleacher Report

LONDON: Ejen penyerang Manchester United, Radamel Falcao dilaporkan sedang memulakan rundingan dengan Liverpool untuk perpindahan musim panas ini.

Bintang dari Colombia itu kini dipinjamkan ke United tetapi gagal menyerlah dengan hanya mampu menyumbang empat gol sahaja daripada jumlah 23 kemunculan.

Penyerang Liverpool, Mario Balotelli, Rickie Lambert dan Fabio Borini dijangka akan meninggalkan Anfield dan Mendes kini dalam usaha memujuk Brendan Rodgers mendapatkan khidmat Falcao atas kontrak tetap.

Louis van Gaal ada pilihan untuk mengekalkan Falcao, namun laporan dari Sepanyol menyebut pengurus dari Belanda itu sudah memberitahu Monaco, penyerang itu akan kembali ke Perancis pada akhir musim ini. - BBC Sport

Berita Harian X