Isnin, 20 April 2015 | 12:11pm

Yatt Hamzah tarik balik permohonan cerai


YATT Hamzah bersama suaminya, Abdul Mutalib Abdul Shukor ketika majlis ulangtahun anak mereka yang ke 5 dan ulangtahun perkahwinan mereka yang ke enam. - Foto Nur Adibah Ahmad Izam

KUALA LUMPUR: Pelakon, Yatt Hamzah hari ini menarik balik permohonan cerai dengan suaminya, Abdul Mutalib Abdul Shukor yang difailkan pada awal Februari lalu.

Hakim Syarie Mahkamah Rendah Syariah, Mohd Saifullah Hamzah membenarkan permohonan yang dikemukakan oleh peguam syarie, Nuraini Fauzi yang mewakili pelakon itu selaku plaintif.

Pada prosiding hari ini Abdul Mutalib selaku defendan turut hadir tanpa peguam.

Pada 12 Mac lalu, Yatt mohon menangguhkan kes perceraian dengan suami atas alasan mahu menyelesaikan kemelut rumah tangga mereka secara baik.

65 dibaca
Berita Harian X