Ahad, 19 April 2015 | 4:33pm
SEORANG pekebun maut disondol babi hutan ketika sedang memburu di hutan di belakang rumahnya di Kampung Batu 9, Jalan Pahang, di sini, pagi tadi. - Foto Asrizal Aris

Pekebun maut disondol babi hutan

TAPAH : Seorang pekebun maut disondol babi hutan ketika sedang memburu di hutan di belakang rumahnya di Kampung Batu 9, Jalan Pahang, di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 9.30 pagi tadi, mangsa Ali Pak Kateh, 36, dipercayai sedang memburu berseorangan di hutan berkenaan sebelum diserang seekor babi hutan menyebabkan mangsa maut di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Tapah Superintendan Som Sak Din Keliaw berkata, mangsa disahkan maut selepas mengalami kecederaan parah di bahagian paha.

"Mangsa maut di tempat kejadian dan kes diklasifikasikan mati mengejut.

"Mayat mangsa dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Tapah untuk bedah siasat dan keputusan bedah siasat masih belum diperoleh," katanya.

Berita Harian X