Khamis, 4 September 2014 | 8:11pm

Khazanah terbit sukuk AS$500 juta pada kadar hasil negatif

KUALA LUMPUR: Khazanah Nasional Bhd (Khazanah) menerbitkan sukuk boleh tukar bernilai AS$500 juta (RM1.59 bilion) yang akan diterbitkan menerusi syarikat khas bebasnya yang diperbadankan di Labuan, Cahaya Capital Ltd.

Sukuk itu boleh ditukar menjadi saham biasa Tenaga Nasional Bhd (TNB), kata Khazanah dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Ini adalah sukuk boleh tukar pertama berasaskan struktur pada gabungan prinsip Islam Mudarabah dan Murabahah1 manakala terbitan Khazanah sebelum ini berasaskan struktur Musyarakah2 dan Wakalah3, kata syarikat itu. - BERNAMA

Berita Harian X