Khamis, 2 April 2015 | 3:06pm

Dua beranak antara tiga ditahan edar dadah RM100,000

KUANTAN: Polis menahan tiga pengedar dadah termasuk ibu dan anak yang membawa dadah jenis heroin seberat 4.5 kilogram (kg) dianggarkan bernilai RM100,000 dalam sebuah kereta di Jengka 14, Bandar Jengka, Maran pada Selasa lalu.

Timbalan Ketua Polis negeri, Datuk Fatimah Ghazali, berkata siasatan mendapati dadah berkenaan diperoleh dari Kuala Lumpur untuk dijual di Maran, Temerloh dan Jerantut.

"Suspek wanita berusia 42 tahun adalah ibu kepada suspek lelaki berusia 21 tahun dan kedua-duanya disahkan positif dadah manakala suspek wanita berusia 19 tahun adalah teman wanita suspek lelaki.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan semua suspek ditahan reman mulai semalam sehingga 7 April bagi membantu siasatan," katanya pada sidang media di sini, sebentar tadi.

Berita Harian X