Ahad, 22 March 2015 | 1:48pm

Sharif 'bimbang' jika menang PRK Chempaka

"Saya bimbang (jika) saya yang menang di sini sebab saya paling popular antara calon Bebas di sini," katanya berseloroh kepada wartawan hari ini.

Sharif yang menggunakan lambang gajah yakin memberi saingan yang terbaik sepanjang kempen PRK selama 12 hari itu.

Bagaimanapun, beliau berharap, keputusan pilihan raya itu akan dapat sekurang-kurangnya mengurangkan majoriti calon PAS.

"Saya sudah beri yang terbaik sepanjang kempen dengan bantuan ramai rakan dan berharap kerja keras itu dapat menghasilkan sesuatu," katanya.

Sharif adalah antara empat calon Bebas yang bertanding, selain Izat Bukhary Ismail Bukhary, Fadzillah Hussin dan Aslah Mamat.

PAS diwakili Ahamad Fathan Mahmood@Mahamad.

Berita Harian X