Ahad, 22 March 2015 | 12:49pm

PRK DUN Chempaka: Keputusan dijangka diumum 9.30 malam ini - SPR


Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR),Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, (kanan) melihat jari seorang pengundi, Mohd Nawi Mohamad, 68, ketika melawat tempat mengundi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) N.06 Chempaka di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pengkalan Chepa 1. - Foto Syamsi Suhaimi

KOTA BHARU: Keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chempaka dijangka akan diumumkan pada 9.30 malam ini.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz, berkata sehingga jam 12 tengah hari ini, seramai 7,915 pengundi sudah keluar menunaikan tanggungjawab mereka untuk mengundi.

Katanya, jumlah itu yang mewakili 38.82 peratus dilihat satu trend yang baik dalam tempoh empat jam pusat pengundian dibuka.

"Situasi itu menunjukkan petanda baik dan kemungkinan besar peratusan yang disasarkan sebelum ini iaitu 70 peratus dapat dicapai.

"Jika trend peningkatan keluar mengundi ini dapat dikekalkan dan berterusan hingga ke petang, mungkin ia melebihi sasaran.

"Dari pemerhatian saya, semangat pengundi di sini begitu tinggi untuk keluar mengundi dan memilih calon yang sesuai," katanya pada sidang media di Sekolah Menengah Agama (SMA) Tengku Amalin Aishah Putri di sini, sebentar tadi.

Berita Harian X