Sabtu, 21 March 2015 | 12:34pm

Raonic kejutkan Nadal untuk bertemu Federer


MILOS Roanic beraksi ketika menentang Rafael Nadal pada saingan suku akhir Terbuka BNP Paribas, awal pagi tadi. - Foto AFP

INDIAN WELLS, California: Milos Raonic bangkit daripada ketinggalan satu set dan menyelamatkan mata penamat sebanyak tiga kali untuk mengejutkan Rafa Nadal 4-6 7-6(10) 7-5 dalam perlawanan sengit saingan suku akhir Tebuka BNP Paribas.

Kemenangan pertama daripada enam perlawanan pemain Kanada berusia 24 tahun itu membolehkan beliau mara ke peringkat separuh akhir untuk bertemu Roger Federer yang membelasah pemain Republik Czech, Tomas Berdych, 6-4 6-0.

Pemain nombor satu dunia, Novak Djokovic akan bertemu pilihan keempat, Andy Murray, pada satu lagi saingan separuh akhir yang menjadi perlawanan ulangan final Terbuka Australia yang dimenangi pemain Serbia itu dalam empat set. - Reuters

Berita Harian X