Sabtu, 21 March 2015 | 12:53am
PELAKON berasal dari Brunei, Nina Iskandar

Nina Iskandar terkilan spekulasi imej dirinya bertudung

KUALA LUMPUR : Pelakon berasal dari Brunei, Nina Iskandar terkilan apabila ada pihak yang membuat spekulasi berhubung imej bertudung berikutan statusnya bersama tunang, Ahmed Haiqal.

Nina menyifatkan status ikatan pertunangannya sebagai terlalu peribadi untuk dikongsi umum namun kecewa pelbagai kontroversi membawa imej buruk kepadanya.

"Saya tidak pernah memberikan sebarang kenyataan sama ada status pertunangan saya sudah putus atau tidak. Saya cuma cakap doakan yang terbaik buat kami.

"Saya juga tidak pernah kata ada kaitan dengan orang ketiga kerana ianya tiada kena mengena sama sekali.

"Gambar bertopi di Instagram itu adalah untuk sesi fotografi. Saya tidak pernah cakap saya sudah tidak bertudung kerana putus tunang. Kadang kala gaya 'styling' agak berbeza," tegas Nina kepada BH Online.

Nina ternyata kecewa kerana isunya menggayakan topi untuk sesi fotografi menjadi isu hangat serta dimanipulasi oleh banyak pihak.

Berita Harian X