Selasa, 2 September 2014 | 2:42pm
PELAKON, Eina Azman pada majlis pernikahannya bersama Datuk Paduka Kaiser Gurmeet Harden di Hotel Grand Hyatt. - Foto Munira Abdul Ghani.
PELAKON, Eina Azman pada majlis pernikahannya bersama Datuk Paduka Kaiser Gurmeet Harden di Hotel Grand Hyatt. - Foto Munira Abdul Ghani.
PELAKON, Eina Azman pada majlis pernikahannya bersama Datuk Paduka Kaiser Gurmeet Harden di Hotel Grand Hyatt. - Foto Munira Abdul Ghani.

Panggil apa pun tak kisah - Eina

KUALA LUMPUR: Eina Azman memberitahu beliau tidak kisah dipanggil dengan pangkat Datin atau sekadar namanya saja selepas ini. Pangkat berkenaan diraihnya selepas bernikah dengan Datuk Paduka Kaiser Gurmeet Harden 31 Ogos lalu.

Pasangan ini sah bergelar suami isteri disaksikan keluarga masing-masing serta teman media di Hotel Grand Hyatt. Eina turut menerima kereta mewah jenis Chevrolet sebagai hadiah hantaran suami kepada beliau.

Eina bergelar Datin di usia 19 tahun dan suaminya berusia 35 tahun.

"Sejujurnya saya sangat janggal dengan pangkat itu. Panggil Eina saja pun saya okey. Terpulang kepada sesiapa nak panggil apa. Saya ok saja," katanya.

Mengenai hadiah kereta mewah itu, Eina cukup beruntung kerana suami berbesar hati menghadiahkan kepadanya.

"Tak sangka pula selepas tengok filem Transformer terbaru dan kebetulan kereta jenis yang sama turut digunakan dalam filem berkenaan, ada yang nak hadiahkan dekat saya. Saya memang peminat filem Transformer.

"Saya diberitahu akan dihadiahkan kereta itu seminggu sebelum pernikahan kami. Saya tengok filem berkenaan dua kali. Kali pertama semasa berdating dengannya dan kedua dengan keluarga," katanya yang akan muncul dengan drama Selamat Pengantin Madu untuk slot Lestary TV3 mulai 3 September ini di samping pelakon Fasha Sandha, Aiman Hakim Redza, Dilla Ahmad, Marrisa Yasmin dan Falisha Crossley.

Pasangan ini merancang untuk berbulan madu di Kepulauan Maldives sebelum majlis resepsi yang dijadualkan berlangsung pada 31 Januari depan.

Berita Harian X