Selasa, 10 March 2015 | 11:31am

PRK DUN Chempaka: PAS ditentang empat calon Bebas

Calon PAS, Ahmad Fathan Mahmood menghadapi lawan daripada empat calon Bebas iaitu ahli PERKASA, Shariff Mahmood, Fadzillah Hussin, Izat Bukhary Ismail Bukhary dan Aslah Mamat.

Pegawai Pengurus Bahagian Pilihan Raya DUN Chempaka, Ibrahim Bakri Mat Deris ketika mengumumkan perkara itu berkata, pihaknya menerima lima borang pencalonan.

"Selepas diteliti, kami berpuas hati dengan kesemua borang yang dkemukakan dan menerima borang berkenaan.

"Selain calon PAS, empat calon Bebas iaitu Fadzillah menggunakan lambang kunci, Izzat Bukhary lambang pen, Aslah lambang buku dan Sharif lambang gajah," katanya.

Beliau berkata, tarikh pengundian awal ditetapkan pada 18 Mac dan pengundian biasa pada 22 Mac ini.

Terdahulu, seramai lima calon termasuk calon PAS tampil menyerahkan borang bagi PRK berkenaan.

Ibrahim berkata, pihaknya menerima lima borang pencalonan.

Berita Harian X