Selasa, 10 March 2015 | 9:16am
SEBAHAGIAN penyokong PAS berarak bersama calon PAS, Ahmad Fathan Mahmood @ Mahamad, 42, yang akan bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) N.06 Dewan Undangan Negeri (DUN) Chempaka yang bermula di PUTIK menuju ke Maktab Rendah Sains Mara (MRSM), Pengkalan Chepa. - Foto Syamsi Suhaimi

PRK Chempaka: MB ketuai perarakan calon PAS

KOTA BHARU: Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yaakob mengetuai perarakan kira-kira 500 orang mengiringi calon PAS ke pusat penamaan calon Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Chempaka, sebentar tadi.

Beliau mengiringi Ahmad Fatthan Mahmood@Muhammad, 42, yang dipilih sebagai calon PAS di Dewan Undangan Negeri (DUN) Chempaka.

Turut hadir Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustapa Ali dan Ketua Penerangan PAS, Datuk Mahfuz Omar.

PRK DUN Chempaka diadakan selepas penyandangnya Datuk Nik Aziz Nik Mat meninggal dunia.

Sehubungan itu, tidak sampai 15 minit pusat penamaan calon dibuka, tiga calon sudah menyerahkan borang pencalonan.

Mereka termasuklah calon PAS, Ahmad Fathan Mahmood dan dua calon BEBAS masing-masing Izat Bukhary Ismail Bukhary dan Sharif Mahmood.

Berita Harian X