Isnin, 9 March 2015 | 11:37am
Gambar fail menunjukkan pesawat Solar Impulse 2 terbang berhampiran Masjid Besar Sheikh Zayed di Abu Dhabi pada 26 Februari lalu. - Foto AFP

Solar Impulse 2 mula misi keliling dunia

ABU DHABI: Percubaan pertama untuk terbang mengelilingi dunia menggunakan pesawat yang dijana tenaga suria dilancarkan hari ini di Abu Dhabi dalam usaha mempromosikan tenaga hijau.

Pesawat Solar Impulse 2 yang dipandu Andre Borschberg dari Switzerland, berlepas dari Lapangan Terbang Al-Bateen pada jam 7.12 waktu tempatan (0412 GMT) dan menuju ke Muscat, ibu negara Oman, di mana ia dijangka mendarat selepas melengkapi bahagian pertama pengembaraan itu. - AFP

Berita Harian X