Isnin, 9 March 2015 | 12:07am
EKSPEDISI bersama jabatan hutan mendaki Gunung Datuk di Kampung Lonek, Rembau - Foto Wan Nur amirah Wan Mohamed Redza
EKSPIDISI bersama jabatan hutan mendaki Gunung Datuk di Kampung Lonek, Rembau. - Foto Wan Nur amirah Wan Mohamed Redza

Sesat di gunung beradat

Puncak di Gunung Datuk, Kampung Lonek, Rembau. - Foto Wan Nur amirah Wan Mohamed Redza

SEREMBAN: Pelbagai langkah pencegahan sudah dilakukan, namun kejadian pendaki sesat di Gunung Datuk di sini, tidak berkesudahan sehingga menimbulkan persoalan kepada Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan.

  Papan tanda keselamatan, trek bertanda, penutupan simpang mengelirukan selain menetapkan masa pendakian bermula jam 7 pagi hingga 12 tengah hari, adalah antara usaha mengelakkan pendaki sesat di gunung itu.

Pegawai Hutan Daerah Negeri Sembilan Barat, Azrul Ekhuan Eliah, berkata peningkatan kejadian pendaki sesat di gunung itu menghairankan pihaknya.

  "Sebenarnya trek pendakian tidak mengelirukan kerana laluan itu jelas dan digunakan sejak dahulu. Malah, gunung ini dianggap mudah bagi kebanyakan pendaki yang mengambil masa antara dua hingga tiga jam untuk tiba ke puncak.

  "Justeru, kami hairan apabila semakin banyak kes sesat berlaku. Namun, kami yakin semua kejadian boleh dielakkan jika pendaki mematuhi peraturan ditetapkan dan mendaki dengan sikap bertanggungjawab," katanya kepada BH.

EKSPIDISI bersama jabatan hutan mendaki Gunung Datuk di Kampung Lonek, Rembau. - Foto Wan Nur amirah Wan Mohamed Redza

Antara punca sesat yang dikenal pasti ialah keengganan pendaki kurang berpengalaman mendapatkan khidmat jurupandu arah, selain mendaki pada waktu yang tidak dibenarkan dan keletihan melampau.

Gunung Datuk adalah antara dua gunung paling popular di Negeri Sembilan yang menjadi tumpuan ramai pendaki, terutama dari Lembah Klang pada setiap hujung minggu dan cuti umum.

  Terletak kira-kira dua jam perjalanan dari ibu negara, gunung itu setinggi 883.92 meter dari aras laut, menjadi tarikan peminat aktiviti lasak kerana menjanjikan pemandangan indah daerah Rembau, selain dapat melihat Selat Melaka dari puncaknya jika cuaca baik.

  Bagi segelintir pendaki, gunung ini adalah antara 'koleksi' gunung perlu didaki demi menambah senarai puncak yang pernah ditawan, sekadar untuk kepuasan peribadi dan menambah pengalaman.

  Mengikut sejarah, puncak gunung ini pernah digunakan oleh Datuk Perpatih Nan Sebatang, iaitu tokoh penting yang menyusun Adat Perpatih di negeri ini, sebagai lokasi berkumpul semua ketua adat dan pengisytiharan gelaran serta nama penyandang Datuk Lembaga Adat pada tahun 1372.

  Hampir keseluruhan laluan pendakian yang digunakan ketika itu dikatakan kekal hingga hari ini, sama ada oleh pendaki rekreasi, penduduk tempatan mahu pun kumpulan atau individu tertentu yang mendaki untuk tujuan kerohanian.

  Namun, tidak seperti Gunung Angsi di daerah Kuala Pilah, Gunung Datuk kini semakin dikenali berikutan paparan beberapa kes dalam tempoh agak rapat mengenai kejadian pendaki sesat sejak November tahun lalu.

  Enam kes yang direkodkan sejak November lalu hingga kini, dianggap tinggi bagi sebuah gunung yang tergolong dalam kategori rekreasi tahap sederhana dengan laluan pendakian yang jelas dan tidak mengelirukan.

  Wartawan BH, Ifwan Tun Tuah dan jurugambar, Wan Nur Amirah Wan Mohamed Redza, merasai pengalaman mendaki ke puncak untuk merungkai misteri kejadian sesat di gunung beradat berkenaan, baru-baru ini.

EKSPIDISI bersama jabatan hutan mendaki Gunung Datuk di Kampung Lonek, Rembau. - Foto Wan Nur amirah Wan Mohamed Redza

  Misi pendakian itu mendapat kerjasama Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan dengan diketuai Azrul Ekhuan, serta sekumpulan 17 pegawai dan kakitangan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Negeri Sembilan diketuai Timbalan Pengarah, Nik Mohd Fadly Nik Mat.

Secara dasarnya, pendakian gunung ini mengambil masa antara dua hingga tiga jam bagi pendaki berkemampuan sederhana. Laluan pendakian walaupun mencabar, ia jelas dan bertanda selain laluan tikus ditutup menggunakan pita keselamatan yang direntang.

  Laluan tikus merujuk kepada rangkaian denai kecil yang kebanyakannya digunakan penduduk tempatan, sama ada bagi mencari hasil hutan termasuk petai dan kayu gaharu, mahu pun menjadi laluan mereka ke kebun atau ladang di kaki gunung berkenaan.

INFO

Kejadian sesat di Gunung Datuk, Rembau.

1 Mac 2015
- Tujuh jurutera berusia 25 hingga 29 tahun sesat ketika menuruni gunung itu sebelum ditemui pasukan penyelamat tiga jam kemudian.

28 Februari 2015
- Empat pelajar Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) Bangi, Selangor, sesat ketika mendaki sebelum diselamatkan tiga jam kemudian.

31 Januari 2015
- Dua jurutera dari Nilai, Negeri Sembilan, sesat ketika mendaki dan diselamatkan lima jam kemudian.

7 Januari 2015
- Lima pelajar sekolah menengah dan seorang rakan berusia 21 tahun dari Melaka sesat ketika mendaki dan diselamatkan lapan jam kemudian.

21 November 2014
- 12 pelajar Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kampus Seremban, bersama seorang rakan, sesat dalam perjalanan turun sebelum diselamatkan 11 jam kemudian.

7 November 2014
- Seorang pelajar Universiti Kuala Lumpur (UniKL) yang mendaki seorang diri sesat ketika menuruni gunung berkenaan dan diselamatkan lapan jam kemudian.

IKUTI SIRI KEDUA, PETUA MENDAKI GUNUNG DATUK DALAM BH, ESOK.

Berita Harian X