Jumaat, 6 March 2015 | 7:39pm
HARGA saham di Bursa Malaysia ditutup tinggi sedikit hari ini, disokong pembelian saham murah dalam saham kewangan terpilih selepas rehat tengah hari, kata peniaga. - Foto hiasan/BERNAMA

Saham KL ditutup tinggi dengan belian saham murah

KUALA LUMPUR: Harga saham di Bursa Malaysia ditutup tinggi sedikit hari ini, disokong pembelian saham murah dalam saham kewangan terpilih selepas rehat tengah hari, kata peniaga.

Pada jam 5 petang, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) ditutup 0.87 lebih tinggi pada 1,806.96, selepas turun naik di antara 1,799.65 dan 1,809.65 sepanjang hari.

Hong Leong Financial dan LPI Capital meningkat 20 sen tiap satu kepada RM17.20 dan RM22.14.

Ketua Penyelidikan Runcit Affin Hwang Investment Bank, Datuk Dr Nazri Khan Adam Khan berkata jumlah dagangan kekal lemah ketika pelabur mengambil sikap berhati-hati menjelang pengumuman data pekerjaan AS lewat hari ini.

Data itu boleh memberi petunjuk bilakah Rizab Persekutuan AS akan menaikkan kadar faedah.

Sementara itu, peniaga berkata, kebanyakan saham Asia diniagakan lebih tinggi kerana keyakinan pelabur yang data pekerjaan AS adalah positif dan ketika kenaikan unjuran pertumbuhan oleh Bank Pusat Eropah.

Di pasaran yang lebih luas, kaunter untung mengatasi rugi pada 456 berbanding 361 dengan 310 kaunter tidak berubah, 634 tidak diniaga dan 21 lagi digantung.

Jumlah dagangan merosot kepada 2.01 bilion saham bernilai RM1.93 bilion berbanding 2.14 bilion saham bernilai RM2.38 bilion pada Khamis.

Indeks Emas FBM menokok 11.57 mata kepada 12,440.96, Indeks FBMT100 menambah 6.89 mata kepada 12,120.34, manakala FBM Ace melonjak 116.65 mata kepada 6,698.93.

Indeks FBM Emas Syariah susut 0.20 mata kepada 13,034.98 manakala FBM 70 naik 11.71 mata kepada 13,410.99.

Mengikut sektor, Indeks Perusahaan turun 4.08 mata kepada 3,313.08, Indeks Perladangan jatuh 10.67 mata kepada 7,923.79, manakala Indeks Kewangan naik 61.34 mata kepada 15,989.77.

Dalam kalangan saham aktif, ETI Tech menokok satu sen kepada 9.5 sen, Privasia naik tiga sen kepada 22.5 sen, Asia Bioenergy tidak berubah pada 11.5 sen manakala Ingenuity susut setengah sen kepada 7.5 sen.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank dan Axiata tidak berubah masing-masing pada RM9.21 dan RM7.13, TNB naik dua sen kepada RM14.66 manakala Public Bank menokok empat sen kepada RM18.66.

Jumlah dagangan Pasaran Utama susut kepada 1.13 bilion unit bernilai RM1.74 bilion berbanding 1.35 bilion unit bernilai RM2.26 bilion yang dicatat pada Khamis.

Jumlah dagangan di Pasaran ACE meningkat kepada 792.20 juta saham bernilai RM166.76 juta berbanding 670.82 juta saham bernilai RM99.73 juta semalam.

Waran merosot kepada 83.51 juta unit bernilai RM14.53 juta berbanding 114.64 juta unit bernilai RM22.79 juta pada Khamis.

Produk pengguna menyumbang 74.04 juta saham diniagakan di Pasaran Utama, produk industri (149.07 juta), pembinaan (60.34 juta), perdagangan dan perkhidmatan (402.89 juta), teknologi (196.33 juta), infrastruktur (12.65 juta), SPAC (48.27 juta), kewangan (61.78 juta), hotel (2.58 juta), hartanah (98.81 juta), perladangan (16.03 juta), perlombongan (1,100), REITs (5.20 juta) dan tertutup/dana (2,000). - BERNAMA

Berita Harian X