Jumaat, 6 March 2015 | 8:00am
ZULKIFFLI menunjukkan produk sabun dan cucian isi rumah keluaran Seri Prima. - Foto NSTP
ZULKIFFLI menunjukkan produk sabun dan cucian isi rumah keluaran Seri Prima. - Foto NSTP

Seri Prima kembangkan rangkaian usahawan sabun


ZULKIFFLI menunjukkan produk sabun dan cucian isi rumah keluaran Seri Prima. - Foto NSTP

KUALA LUMPUR: Seri Prima Enterprise pengeluar sabun dan cucian isi rumah jenama Al-Iqram dalam misi pengembangan rangkaian, menawarkan peluang kepada usahawan untuk menjadi stokis dan ejen.

Syarikat itu yang juga ahli Persatuan Usahawan Prihatin Malaysia (PUPM), persatuan yang bertujuan menyemarakkan perniagaan usahawan Islam, menawarkan pakej sebagai ejen daripada kos serendah RM100.

Setakat ini, Seri Prima menawarkan lapan produk - cecair mandian, peluntur, pes cuci pinggan, cecair cuci pinggan, cecair cuci kereta, semburan pembersih kaca, cecair cuci baju dan pencuci mangkuk tandas.

Pengurus Seri Prima, Zulkiffli Yusoff, berkata keluaran halal syarikat itu akan memberi pilihan kepada isi rumah bahan keperluan harian yang baik dan berkualiti mengikut syariat Islam pada harga sangat berdaya saing, hingga 30 peratus murah berbanding produk berjenama tetapi dengan kualiti setanding.


ANTARA produk yang ditawarkan oleh Seri Prima. - Foto NSTP

"Kami mahu turut sama membina usahawan terutama daripada kalangan Bumiputera dengan modal serendah mungkin.

"Individu yang baharu hendak menceburi dunia niaga atau mereka yang sudah memiliki perniagaan kecil-kecilan akan mendapati pakej ejen dan stokis ini sangat berdaya saing," katanya dalam pertemuan dengan BH baru-baru ini.

Mengikut Zulkiffli yang juga Setiausaha Agung PUPM, pakej ejen didatangkan dalam dua bahagian dengan kadar keuntungan berbeza.

Status Agen 1, diberikan kepada pembelian bermula daripada RM100-RM299 manakala Agen 2 bagi pembelian RM300-RM1,499 manakala stokis RM1,500-RM3,999. Margin keuntungan lebih besar ditawarkan kepada pemborong dengan belian RM4,000 ke atas.

Setiap unit pembelian barangan berkenaan, 20 sen akan disumbangkan kepada dana PUPM untuk membiayai aktiviti pembangunan usahawan Bumiputera dan golongan yang memerlukan.

Maklumat lanjut mengenai pakej perniagaan boleh hubungi Seri Prima di 03-91015664, faks 03-91001231, 010-2668490 atau e-mel pupm_prihatin@ymail.com.

Berita Harian X