Sabtu, 28 Februari 2015 | 5:28pm

Man United tiada 'penyerang 20 gol satu musim' - Van Gaal

PENGURUS pasukan Manchester United, Louis van Gaal. - Foto Reuters

LONDON: Manchester United tidak mampu mencabar dan memburu gelaran musim ini kerana tidak memiliki 'penyerang 20 gol semusim', menurut pengurus pasukan, Louis van Gaal.

Penjaring terbanyak United, musim ini adalah Robin van Persie dengan jumlah 10 setakat ini.

Ia berlawanan dengan kelibat Diego Costa dan Sergio Aguero yang masing-masing sudah menyumbat 17 gol untuk Chelsea dan Manchester City.

"Ia benar," kata Van Gaal. "Robin van Persie tidak dapat menafikan hakikat ini, Falcao tidak dapat menafikan dan Rooney sudah tidak beraksi pada posisi berkenaan."

Pengurus Old Trafford itu dikritik kerana mengubah Rooney ke posisi tengah manakala Radamel Falcao terhad peluang jaringannya. Van Gaal turut mempersoal kecergasan penyerang dari Colombia itu.

"Pada ketika ini kami tidak memiliki penyerang yang boleh menjaringkan 20 gol,' katanya.

United akan menentang Sunderland, malam ini (Sabtu) selepas tercicir ke tangga keempat berikutan kekalahan kepada Swansea, minggu lalu.

Keputusan itu melihat The Devils 13 mata di belakang Chelsea dan lima lima belakang pasukan tetangga, Man City.

Kedua-dua pasukan teratas itu sudah menjaringkan 56 gol secara keseluruhan berbanding United, 44.

Ketika di bawah bimbingan Sir Alex Ferguson, United menyumbat 86 kali dengan Van Persie menjaringkan 26 gol pada musim pertama dan memenangi anugerah Kasut Emas. - BBC Sports

INFO

Penjaring terbanyak Manchester United dalam liga

10 - Robin van Persie

9 - Wayne Rooney

5 - Juan Mata

4 - Radamel Falcao

Berita Harian X