Selasa, 24 Februari 2015 | 9:38pm

Piala AFC: JDT dahului East Bengal 2-1


PEMAIN JDT, S Kunanlan (kiri) diasak pemain East Bengal, Rafique pada perlawanan Piala AFC 2015 di Stadium Larkin, Johor Bahru malam ini. - Foto Hairul Anuar Abd Rahim

JOHOR BAHRU: Dua gol daripada Nazrin Nawi dan Safiq Rahim membantu Johor Darul Ta'zim (JDT) mendahului East Bengal 2-1 selepas tamat separuh masa pertama saingan Kumpulan F, Piala AFC di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, sebentar tadi.

Tuan rumah bermula agresif dan berjaya mendahului seawal minit ke-9 apabila Nazrin menyepak masuk kemas sepakan percuma.

Namun, pelawat kembali dalam saingan untuk menyamakan kedudukan pada minit ke-35 menerusi Ranti Martins juga daripada usaha sama sebelum Shafiq Rahim membantu JDT mendahului semula 2-1 pada minit ke-39 menerusi sepakan penalti.

Berita Harian X