Selasa, 24 Februari 2015 | 5:18pm

Perkahwinan Yatt-Mutalib ibarat retak menanti belah?


STATUS Whatsapp Abdul Mutalib 24 hari lalu.

KUALA LUMPUR: Berita mengenai keretakan rumah tangga yang menyelubungi pelakon dan pengacara, Yatt Hamzah ternyata mengejutkan ramai pihak.

Yatt atau nama sebenarnya Haryati Hamzah dilaporkan memfailkan penceraian terhadap suaminya, Abdul Mutalib Abdul Shukor di Mahkamah Rendah Syariah Gombak, di sini, hari ini.

Peguam Syarie, Noraini Fauzi yang mewakili Yatt memaklumkan kepada mahkamah bahawa anak guamnya itu telah memfailkan permohonan penceraian mengikut Seksyen 47 Undang-Undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan 1984.

Noraini berkata pihaknya telah menyerahkan saman kepada defendan pada 10 Februari lalu.

Namun Abdul Mutalib memaklumkan mahkamah untuk menarik semula kes untuk bagi mendapatkan khidmat kaunseling dalam menyelesaikan kemelut rumah tangganya.

Abdul Mutalib bagaimanapun tidak dapat dihubungi untuk mengulas lanjut.

Namun menerusi status Whatsapp 24 hari lalu, Abdul Mutalib mencatatkan postingnya - "Usaha>Doa> Tawakal" - seolah-olah mempunyai kaitan dengan keretakan rumah tangga yang sedang dihadapi mereka.

Status berkenaan menggambarkan seperti Abdul Mutalib masih ingin menyelamatkan rumah tangganya bersama Yatt serta menyerahkan kepada Tuhan untuk yang terbaik.

Sementara itu, dalam prosiding hari ini, Hakim Mohd Saifullah Hamzah menjelaskan bahawa Yatt telah memfailkan permohonan untuk bercerai maka kedua-dua pihak perlu berbincang dengan peguam masing-masing berhubung kes penceraian berkenaan.

Mahkamah seterusnya menetapkan 12 Mac depan untuk sebutan kes serta melantik peguam.

Pasangan ini berkahwin pada 29 Mac 2009 dan dikurniakan seorang cahaya mata bernama Suci Hanania Malika.

27 dibaca
Berita Harian X