Selasa, 24 Februari 2015 | 4:12pm

Messi lebih baik berbanding Ronaldo - Thierry Henry


Lionel Messi (kiri) dan Cristiano Ronaldo.

LONDON: Bekas bintang Arsenal dan Barcelona, Thierry Henry memuji aksi konsisten pemain Real Madrid, Cristiano Ronaldo tetapi menegaskan bekas rakan sepasukannya, Lionel Messi masih pemain yang lebih hebat.

Messi dibayangi Ronaldo kebelakangan ini, terutama memenangi anugerah Ballon d'Or dua tahun berturut-turut mengatasi pencabarnya dari Argentina itu.

Namun, Henry pantas memberi andaian betapa penyokong akan terhibur melihat kelibat kedua-dua pemain ini walaupun berkata Messi lebih baik berbanding bintang Portugal itu.

"Saya pernah bermain bersama Leo, jadi itulah jawapan saya," kata Henry ketika membalas persoalan daripada Fifa.com untuk memilih pemain mana dia pilih.

"Saya hormat Cristiano kerana dia berjaya mengekalkan tahap permainan tinggi untuk beberapa tahun.

"Jadi, saya akur kehebatan Ronaldo, tapi saya pernah bermain bersama Leo dan melalui saat menakjubkan bersamanya. Kami kalah dan menang bersama dan itulah dapat saya katakan mengenai Leo." - Mail Online

Berita Harian X